Berikut pandangan golongan WAHABI mengenai merokok
Harap hati-hati dalam memahaminya.
HUKUM BERKENAAN DENGAN MEROKOK
DALAM SYARI'AT ISLAM
OLEH:
MUHAMMAD `UTHMAN EL-MUHAMMADY
Insya' Allah penulis ini akan membicarakan makna merokok dan ciri-
cirinya serta perbincangan tentangnya dari segi Syari'at Islam
dengan berpandukan kepada Quran, Sunnah, dan kutub fiqhiyyah yang
muktabar, serta dengan menyentuh sedikit sebanyak pandangan dari
segi perubatan oleh para pakar dalam bidang ini. Bagaimanapun
tumpuan penulis ialah dalam bidang Syari'at Islam dan pandangan
perubatan itu ialah untuk menyokong hujah hukum dalam Syari'at
berdasarkan kepada fiqh. Mudah-mudahan kertas ringkas ini akan
mendatangkan faedah yang membawa kepada keputusan yang sebaiknya.
Allahumma amin.
Merokok dan Asal Tembakau:
"Merokok" atau "tadkhin" dalam Bahasa Arabnya atau "smoking" dalam
Bahasa Inggeris merupakan istilah yang digunakan untuk perbuatan
menghisap rokok atau menghisap tembakau dengan apa cara sekalipun.
Merokok itu nampaknya merujuk kepada perbuatan mengenakan api pada
rokok sigaret, atau cerut, atau tembakau dalam paip, termasuk ke
dalam sesuatu seperti paip yang ada air pada bahagian tengahnya,
atau kalau bahannya tidak tembakau, ianya sesuatu bahan seperti
tembakau yang mendatangkan kesan-kesan yang sama seperti kesan-kesan
menghisap tembakau. Asap daripada tembakau atau bahan yang
sepertinya yang terkena api itu disedut dengtan mulut dengan itu ia
masuk ke dalam mulut, seterusnya dihisap lagi masuk ke dalam dada,
kemudian dihembuskan asap itu samaada melalui hidung atau mulut,
atau ke dua-duanya sekali; itulah "menghisap rokok" atau"menghisap
paip atau cerut" dalam Bahasa Melayu, atu "tadkhin" dalam Bahasa
Arab atau "smoking" dalam Bahasa Inggeris. (1)
Berkenaan dengan perbuatan menghisap rokok atau menggunakan tembakau
secara yang demikian sebagaimana yang biasa diketahui sekarang
adalah nampaknya bukan diketahui dalam umat Islam pada zaman
Rasulullah s.a.w., zaman Sahabat dan tabi'in, dan bahkan tidak
diketahui pada zaman para imam mujtahidin dan sahabat mereka. Allah
meredhai mereka semuanya.
Tembakau ini, atau Bahasa Arabnya "tib'ghun" pl. "tubughun" atau
bahasa Inggerisnya "tobacco" tidak dikenali kerana ianya datang dari
Barat. Secara ringkasnya dari segi sejarahnya tembakau ini (2),
(dalam Bahasa Latinnya ialah "Nicotania tabacum") mula digunakan di
Dunia Barat dengan penemuan Amerika oleh Columbus, dalam
perjalanannya mula-mula yang diketahui pada tahun 1492M; waktu itu
Columbus dan orang-orangnya bertemu dengan Orang-Orang India di sana
itu ada memegang di tangan mereka sesuatu yang menyala api padanya
dan mereka ada herba yang mereka hisap asapnya yang merupakan amalan
kebiasaan mereka. Mereka menghisap bahan itu dengan menggunakan
paip. Kepada mereka ini upacara suci yang mereka laksanakan untuk
menghubungi Roh Agung yang mereka percaya kepadanya. Selepas orang-
orang Sepanyol dengan jayanya memperkenalkan tembakau ke Eropah dan
golongan elit British menghisap paip dengan tembakaunya pada masa
rehat dan bersenang-senang mereka, maka penanaman merupakan asas
ekonomi negeri-negeri jajahan British yang mula-mula di Amerika
Utara. (3).
Pada tahun 1630an tembakau dengan teguhnya menjadi tanaman yang
mendatangkan hasil pendapatann yang besar bagi negeri Virginia yang
tentangnya dinyatakan bahawa Thomas Jefferson dilaporkan
berkata: "khidmat yang terbesar yang boleh dilakukan oleh mana-mana
negeri ialah menambahkan suatu jenis pokok yang berguna kepada
budayanya". Kemudian tembakau itu menjadi "nocotiana" kerana
mengambil sempena nama Jean Nicot yang menjadi duta Francis ke
Portugal yang meminta supaya Permaisuri Francis mengambil berat
tentangnya nya kerana ada khasiat-khasiatnya sebagai ubat. Dalam
abad ke-17 para ahli perniagaan Eropah memperkenalkan tembakau itu
di seluruh Asia dan Afrika Kemudian dalam abad ke 19 orang-orang
Sepanyol memperkenalkan cerut ke ke Asia melalui Filipina dan
kemudian ke Rusia dan Turki. Dengan itu ia masuk ke dalam negeri-
negeri Islam.
Selepas menghisap rokok menjadi sedemikian berkembang dengan para
pemimpin politik dan pelakun termasyhur di Barat menjadikannya
sangat popular, menghisap rokok mendapat pukulan hebat kerana ada
tentangan pada tahun 1950 dan awal 60an kerana kalangan perubatan
menghubungkan tembakau dengan penyakit seperti barah paru-paru dan
sebagainya. Mulai dari masa itu masalah mula menjadi meruncing
berkenaan dengan perniagaaqn rokok, sampai ke hari ini. Walaupun di
negara-negara Barat seperti Amerika dan Britain mengambil sikap
sangat tidak menggalakkan merokok di kalangan rakyatnya, syarikat-
syarikat gergasi rokok terus menerus menjalankan perniagaan mereka
di negeri-negeri di Afrika dan Asia dan ramai orang-orang Islam
terlibat dengan amalan menghisap rokok ini sampai ia menjadi amalan
yang lumrah di mana-mana.
Sebagaimana yang disebutkan di atas menghisap rokok atau
merokok "tadkhin" atau "smoking" tidak ada nas secara langsung dalam
Qur'an dan Sunnah, maka hukumnya pada zaman awal tidak ada, tetapi
kita memang memahami bahawa mana-mana masalah tidak boleh tidak atau
mesti termasuk ke dalam mana-mana hukum Allah yang lima ("al-ahkam
al-khamsah"), samada yang wajib, atau sunat, atau haram atau harus
atau makruh, dengan takrif-takrifnya yang sedia maklum dalam ilm
usul al-fiqh dan fiqh.
Perbincangan Berkenaan Dengan Hukum Tentang Menghisap Rokok:
Sebagaimana yang dinyatakan oleh Syaikh Universiti al-Azhar, Jad al-
Haq Ali Jad al-Haq dalam fatwanya (4) bahawa masalah menghisap rokok
ini banyak dibahas oleh para ulama dengan melihat segi manfaat atau
mudaratnya dengan hukum asalnya tanpa didapati dalam Qur'an atau
sunnah, dan perbuatan menghisap inipun (disebut beliau
sebagai "menghisap asap ini" (shurb hadha'-d-dukhan)) (ÔÑÈ åÐÇ
ÇáÏÎÇä) tidak berlaku melainkan pada bahagian awal abad ke 11 Hijrah
selepas daripada ianya zahir dan berkembang di Barat, negeri
Maghribi, Sudan, kemudian berkembang ke negeri-negeri lain.
Maka bila ia berkembang dalam negeri-negeri Islam ada golongan yang
bependapat ianya ada mempunyai faedah-faedah yang banyak, sehingga,
sebagai misalannya ada dari golongan itu yang menyatakan bahawa ia
menghadamkan makanan, menghilangkan unsur-unsur racun atau toksin
dalam badan, membunug ulat-ulat dalam usus, menyenangkan keluar
lendir badan, memanaskan badan kepala dan badan, meringankan
selsema, menguatkan tumpuan fikiran, dan cita-cita, serta menjadikan
keluar hampas badan dengan segera. (5).
Ada golongan lain pula, kata beliau, sebagaimana yang diambil
pendapat itu daripada ahli-ahli perubatan dan pemikir zamannya,
bahawa menghisap rokok itu pada permulaannya mendatangkan beberapa
faedah pada badan, sehingga orang yang berkenaan itu berterusan
dengan perbuatan menghisap itu, sehingga jadilah selaput pada
matanya (al-ghishawah fil-basar), berat pada gerak geri anggota, dan
penghadaman pun terganggu. Beliau menyebutkan ada pendapat yang
menyatakan menghisap rokok itu panas, menjadikan kering badan,
menimbulkan rasa haus, memudaratkan kalbu dan otak, menimbulkan
debaran pada jantung, dan memekatkan darah.
Maka dari sinilah timbul pendapat-pendapat para fuqaha berkenaan
dengannya: maka keluarlah pendapat-pendapat mereka antara yang
menyatakan harus ("ibahah"), makruh ("kirahah"), tegah dan haram
("al-man' wa al-hurmah"). Ada yang membuat kenyataan bahawa asal
tentangnya haram melainkan bila ditunjukkan oleh dalil Syara'
tentang harrusnya: (Çä ÇáÇÕá ÝíåÇ ÇáÍÑãÉ ÇáÇ ãÇ Ïá Ïáíá ÇáÔÑÚ Úáì
ÇÈÇÍÊå) Dan beliau menyatakan bahawa ada yang berpendapat bahawa
asal hukum tentangnya adalah harus melainkan bila ditunjukkan oleh
dalil hukum Syara' tentang haramnya ( Çä ÇáÇÕá ÝíåÇ ÇáÇÈÇÍÉ ÇáÇ ãÇ Ïá
ÇáÔÑÚ Úáì ÍÑãÊå)
Beliau menyebut golongan yang ketiga sebagai yang mendetailkan
manfaat dan kemudaratannya, dan bila ada kemudaratan maka dasarnya
haram, dan bila ada manfaat-manfaatnya, maka dasarnya harus. Dengan
itun mereka yang memandang menghisap rokok itu (ÔÑÈ ÇáÏÎÇä ) ada
faedah-faedahnya maka diambil pendapat bahawasanya harus
menghisapnya. Adapun mereka yang menyabitkan kemudaratan pada
merokok itu dan tidak ada faedahnya, maka dihukumkan ianya haram.
Dan mereka yang terumbang ambing antara dua antara manfaat dan
mudaratnya berpendapat menghisap rokok itu makruh. Dan antara mereka
itu ada yang berpendapat kalaulah menghisap itu merupakan perbuatan
israf atau menyia-nyiaka harta membelinya dengan harga yang mahal,
maka itu perbuatan israf yang haram, apa lagi dengan baunya yang
tidak menyenangkan, khususnya bagi orang yang menghisapnya, maka
dihukumkan haram. (6).
Dengan itu maka tidak didapati kata sepakat antara fuqaha dalam hal
menghisap rokok ini, tidak ada keputusan yang bersifat yakin
wajahnya, sebagaimana tidak ada di sana itu dalil atau nas shar'i
yang memberi hukum tentang haram atau makruhnya.
Maka ada ulama yang mengambil pendapat dari Radd al-Mukhtar (ÑÏ
ÇáãÎÊÇÑ) karangan ibn `Abidin dan mengatakan ianya harus (Ãäå ãÈÇÍ)
dan mereka yang memberi fatwa tentang halalnya yang diperpagangi
pendapatnya dalam Empat Mazhab itu, sebagaimana yang dinukilkan oleh
al-`Allamah al-Ajhuri dalam "Risalah"nya; dan yang mengikut pendapat
ini ialah al-`Alamah `Abd al-Ghani an-Nablusi al-Hanafi dalam
risalahnya di mana beliau menghalalkan perbuatan itu. Kata beliau:
( Çäå áã íÞã Ïáíá ÔÑÚì Úáì ÍÑãÊå æßÑÇåÊå , æ áã íËÈÊ ÇÓßÇÑå Çæ
ÊÞÊíÑå ÈÚÇãÉ ÇáÔÇÑÈíä ÍÊì íßæä ÍÑÇãÇ Çæ ãßÑæåÇ ÊÍÑíãÇ , Ýåæ íÏÎá Ýì
ÞÇÚÏÉ : " ÇáÂÕá Ýì ÇáÂÔíÇÁ ÇáÇÈÇÍÉ" æÝì "ÇáÂÔÈÇå ÚäÏ ÇáßáÇã Úáì ÞÇÚÏÉ "ÇáÂÕá
Ýì ÇáÂÔíÇÁ ÇáÇÈÇÍÉ Çæ ÇáÊæÞÝ"…)
(sesungguhnya (tentang perkara ini) tidak ada berdiri dalil syari'
tentang hukum haramnya atau makruhynya, dan tidak sabit mabuknya
ataupun melemahkannya di kalangan semua para penghisapnya sehingga
jailah ianya haram atau makruh tahrim (pada sisi hukumnya), maka
ianya termasyuk di bawah kaedah (usul al-fiqh) "asalm (hukum) pada
semua perkara ialah harus" dan dalam kitab "Ashbah" (karangan Imam
al-Suyuti) termasuk ke dalam kaedah "asal (hukum) dalam semua
perkara ialah harus atau tawaqquf…") (7).
Dan dalam "Radd al-Mukhtar" karangan Ibn `Abidin dinyatakan:
( Ãä Ýì ÇÏÎÇáå ÊÍÊ åÐå ÇáÞÇÚÏÉ ÇÔÇÑÉ Çáì ÚÏã ÇÓßÇÑå æ ÊÞÊíÑå
æ ÇÖÑÇÑå ßãÇ Þíá )
"Sesungguhnya ianya dimasukkan di bawah kaedah ini mengisyaratkan
bahawa ianya tidak memabukkannya deann tidak melemahkannya dan
memudaratkannya, sebagaimana yang dikatakan."
Dan tentang hukumnya antara harus dan tawaqquf ("al-ibahah wa al-
tawaqquf") (Èíä ÇáÇÈÇÍÉ æÇáÊæÞÝ) dan pilihan yang mula-mula itu kerana
yang rajih pada jumhur Hanafiyah dan Syafi'iyah sebagaimana yang ada
dalam kitab "al-Tahrir" bahawa yang asalnya ialahn harus ("al-
ibahah"), melainkan sebagaimana yang dikatakan oleh al-`Allamah at-
Tahtawi:
(( íßÑå ÊÚÇØíå ßÑÇåÉ ÇáÊÍÑíã áÚÇÑÖ , ßßæäå Ýì ÇáãÓÌÏ , ááäåì ÇáæÇÑÏ Ýì
ÇáËæã æÇáÈÕá æåæ ãáÍÞ ÈåãÇ , æßæäå ÍÇá ÇáÞÑÇÁÉ áãÇ Ýíå ãä ÇáÇÎáÇá ÈÊÚÙã
ßÊÇÈ Çááå ÊÚÇáì … Çáì Çä ÞÇá : " æÇáßÑÇåÉ áÚÇÑÖ , áÂääÇ Ýì Íßã ÇáÇÈÇÍÉ Ýì
ÚÇãÉ ÇááÂÍæÇá"))
"Makruh mengambilnya (iaitu menghisapnya) sebagai makruh tahrim
kerana sebab yang mendatang (li-`aridin) seperti halnya dalam
masjid, kerana ada riwayat menegahnya berkenaan dengan makan bawang
dan bawang putih dan menghisap rokok itu dikaitkan dengan kedua-
duanya itu, dan keadaannya dalam hal membaca Qur'an kerana dalam
perbuatan itu (merokok itu) ada padanya perbuatan tidak memuliakan
Kitab Allah taala…" sampai kepada katanya"…dan makruh kerana sesuatu
sebab mendatang (li `aridin), kerana kami menghukumkannya harus
dalam semua hal dan keadaan" (8).
Dan pendapat al-'Imadi tentang makruh menghisap tembakau itu
ditanggungkan maksudnya- sebagaimana yang disebut oleh Abu as-Su'ud –
sebagai makruh tanzihiyah; dan pendapat al-Ghazzi al-Shafi'i pula
hukum haramnya itu didhaifkan oleh golongan Shafi'iyah sendiri, dan
hukumnya pada mazhab mereka ialah makruh tanzih kecuali kerana
sesuatu sebab yang mendatang ("illa li-`aridin") dan makruh tanzih
itu berhimpun dengan ibahah (harus). ( ÇáßÑÇåíÉ ÇáÊääÒíåíÉ ÊÌÇãÚ
ÇáÇÈÇÍÉ)(9).
Kerana itu, kata Jad al-Haqq `Ali Jad al-Haqq bahawa dari situ
bolehlah diketahui bahawa hukum menghisap rokok itu asalnya adalah
harus melainkan kerana sesuatu sebab yang mendatang ( Ãä ÇáÂÕá Ýíå
ÇáÇÈÇÍÉ ÇáÇ áÚÇÑÖ ÊæÌÈ ÊÍÑíãå Çæ ßÑÇåÊå ÇáÊÍÑíãíÉ , áÖÑÑå ÇáÔÏíÏ
ÈÇáäÝÓ , Çæ ÈÇáãÇá , Çæ ÈåãÇ,
Çæ ÊÚÇØíå Ýì ÇáãÓÌÏ , Çæ Ýì ÃËäÇÁ ÓãÇÚ ÇáÞÑÇÁä áãÇ Ýíå ãä ÇáãäÇÝÇÉ áÊÚÙíã
Çááå ÊÚÇáì )
"Asalnya (hukum) berkenaan dengan menghisap rokok itu adalah harus,
melainkan kerana sesuatu sebab yang mendatang yang menjadikan
hukumnya haram, atau makruh tahrim, kerana kemudaratan yang berat
bke atas diri, atau harta, atau kedua-duanya sekali, atau ianya
berlaku dalam masjid atau dalam masa mendengtar bacaan Qur'an,
kerana ada padanya perkara yang menafikan kebesaran dan kemuliaan
(Kalam) Allah taala.
Kalau ditanyakan bilakah yang demikian itu boleh berlaku, maka boleh
dijawabkan bahawa itu boleh berlaku - mengikut setengah daripada
para fuqaha yang dahulu-dahulu, dengan mengambil faham daripada para
ahli perubatan dan ahli fikir - bila menghisap rokok itu berlaku
pada peringkat permulaannya ada setengah daripada kemanfaatannya
pada badan, kemudian ia terus menerus menghisapnya berkekalan,
kemudian jadilah selaput pada pandangan matanya, berat gerak-geri
anggotanya, gangguan pada penghadhamannya, dan sedutan asapnya itu
panas, mengeringkan badan, mendatangkan rasa haus, serta
memudaratkan jantung serta otak, demikian seterusnya.
Dalam Bughyah al-Mustarshidin (10) terdapat kenyataan sedemikian:
(ãÓÃáÉ ß) ÞÇá áã íÑÏ Ýì ÇáÊäÈÇß ÍÏíË Úäå Õáì Çááå Úáíå æÓáã æáÇ ÃËÑ Úä
ÃÍÏ ãä ÇáÓáÝ æßá ãÇ íÑæì Ýíå ãä Ðáß áÇ ÃÕá Èá ãßÐæÈ áÍÏæËå ÈÚÏ ÇáÂáÝ
æÇÎÊáÝ ÇáÚáãÇÁ Ýíå ÍáÇ æÍÑãÉ æÇáÝÊ Ýíå ÇáÊÇáíÝ æ ÃØÇá ßá Ýì ÇáÇÓÊÏáÇá
áãÏÚÇå æÇáÎáÇÝ Ýíå æÇÞÚ Èíä ãÊÃÎÑì ÇáÂÆãÉ ÇáÂÑÈÚÉ æÇáÐì íÙåÑ Çäå Çä ÚÑÖ áå
ãÇ íÍÑãå ÈÇáäÓÈÉ áãä íÖÑå Ýì ÚÞáå Ãæ ÈÏäå ÝÍÑÇã ßãÇ íÍÑã ÇáÚÓá Úáì
ÇáãÍÑæÑ æÇáØíä áãä íÖÑå æ ÞÏ íÚÑÖ áå ãÇ íÈíÍå Èá íÕíÑå ãÓäæäÇ ßãÇ ÇÐÇ
ÇÓÊÚãá ááÊÏÇæì ÈÞæá ËÞÉ Ãæ ÊÌÑÈÉ äÝÓå ÈÃäå ÏæÇÁ ááÚáÉ ÇáÊì ÔÑÈ áåÇ
ßÇáÊÏÇæì ÈÇáäÌÇÓÉ ÛíÑ ÕÑÝ ÇáÎãÑ æÍíË ÎáÇ Úä Êáß ÇáÚæÇÑÖ Ýåæ ãßÑæå ÇÐ
ÇáÎáÇÝ ÇáÞæì Ýì ÇáÍÑãÉ íÝíÏ ÇáßÑÇåÉ).
Ertinya: Mas'alah: kata beliau: Tidak ada hadith datang daripada
Nabi salla'Llahu `alaihi wa sallam berkenaan dengan tembakau, dan
tidak ada athar dari seorang dari kalangan Salaf, dan tiap-tiap
perkara yang diriwayatkan tentang perkara itu tidak ada asalnya dan
bohong, kerana perkara tembakau itu perkara yang baharu, selepas
seribu tahun Hijrah, dan para ulama berbeza pendapat tentang hukum
halal dan haramnya, dan banyak karangan-karangan yang ditulis
tentangnya, dan tiap-tiap pihak panjanglah huraian mengambil dalil
mengemukakan dakwaannya, dan khilaf tentangnya berlaku antara ulama
yang kemudian dalam kalangan imam-imam empat mazhab. Dan yang
zahirnya (tentang menghisap tembakau itu ialah) kalau berlaku
dengannya apa yang mengharamkannya bagi orang yang mendapat
mudharatnya, pada segi akalnya, atau badannya, maka hukumnya haram,
sebagaimana haramnya madu atas orang yang panas dirinya (maka
menjadi berbahaya dengan madu itu) dan tanah bagi orang yang
mendapat mudharat dengannya, dan kadang-kadang ada maswanya boleh
berlaku padanya apa yang menjadikannya harus, bahkan menjadikannya
sunat, seperti ianya digunakan untuk berubat, mengikut pendapat
orang yang dipercayai, atau mengikut percubaan yang telah dibuat
sendiri (oleh orang yang berkenaan), bahawa ia ubat bagi penyakit
(dawa' lil-`illah) yang dihisap bagi tujuan berubat, sebagaimana
berubat dengan bahan najis lain daripada (menggunakan) khamar semata-
mata (sirf al-khamr) , dan bila tidak ada perkara-perkara mendatang
itu maka ianya makruh, kerana khilaf yang kuat dalam perkara haram
menimbulkan maksud makruh."
Kemudian beliau menambah lagi kata-katanya berkenaan dengan merokok
ini:
( ÇáÊäÈÇß ãÚÑæÝ ãä ÃÞÈÍ ÇáÍáÇá ÇÐ Ýíå ÇÐåÇÈ ÇáÍÇá æÇáãÇá æáÇ íÎÊÇÑ
ÇÓÊÚãÇáå ÃßáÇ Ãæ ÓÚæØÇ Ãæ ÔÑÈÇ ÈÇáÏÎÇäå Ðæ ãÑæÁÉ ãä ÇáÑÌÇá æÞÏ ÃÝÊì
ÈÊÍÑíãå ÃÆãÉ ãä Ãåá ÇáßãÇá)
Tembakau adalah terkenal termasuk daripada perkara yang terburuk
dalam perkara halal, kerana dalam perbuatan menghisapnya berlakulah
kehilangan hal (kerohanian yang baik yang diamali seseorang ahli
rohaninya) dan kehilangan harta, dan orang yang mempunyai maruah
dari kalangan ahli rohani yang baik martabatnya (lit. orang yang ada
maruah dari kalangan lelaki) tidak melakukan perbuatan menggunakan
tembakau itu itu secara menyedutnya melalui hidung, atau menghisap
asapnya, dan telah memberi fatwa tentang haramnya imam-imam dari
kalangan ahli rohani yang sempurna (a'immah min ahl al-kamal)
(seperti Sayyid `Abd Allah al-Haddad dan seterusnya…)(11)
Dan penyelidikan-penyelidikan dalam perubatan moden menyingkapkan
bahaya dan kemudaratan menghisap rokok itu ke atas kesihatan tubuh
badan manusia. Mereka membentangkan penemuan-penemuan dari
penyelidikan perubatan tentang bahaya merokok dengan nyatanya. (12).
Perkara-perkara asasi yang lima:
Ditentukan dalam ajaran agama Islam bahawa lima perkara yang menjadi
asas dan matlamat hukum agama di muka bumi ialah untuk: menjaga
agama, akal, nyawa, harta, dan maruah diri. Dan Muslimin ditegah
sekali-kali dengan nas-nas Quran dan Sunnah, daripada melakukan
perkara-perkara yang membaya sebab kebinasaan nyawanya, atau
dirinya, firman Allah taala:
(æáÇ ÊáÞæÇ ÈÃíÏíßã Çáì ÇáÊåáßÉ ) yang bermaksud: "Dan janganlah kamu
melemparkan diri kamu dengan tangan kamu sendiri ke dalam
kebinasaan". (13), dan lagi ayat: ( æ áÇ ÊÞÊáæÇ ÃäÝÓßã ) (14) yang
bermaksud: "Janganlah kamu membunuh diri kamu sendiri".
Dalam hubungan dengan ini juga boleh diingatkan hadith riwayat
Tirmidhi :
( áÇ ÊÒæá ÞÏãÇ ÚÈÏ íæã ÇáÞíÇãÉ ÍÊì ÊÓÃá Úä ÚãÑå Ýíã ÃÝäÇå , æÚä
Úáãå Ýíã ÝÚá Èå , æÚä ãÇáå ãä Ãíä ÇßÊÓÈå æ Ýíã ÃäÝÞå , æÚä ÌÓãå ÝíãÇ
ÃÈáÇå)
Dua tapak kaki anak Adam tidak akan bergerak pada Hari Kiamat
sehingga ia ditanya tentang umurnya dalam perkara apa ia
habiskannya, tentang ilmunya apa yang dibuat dengannya, dan
berkenaan dengan hartanya dari mana punca mata pencariannya, dan
bagaimana ia membelanjakannya, dan tentang tubuh badannya, bagaimana
ia menggunakannya". (15).
Dari segi israf dan perbuatan membazirkan harta, maka itu ditegahkan
oleh Syara' sebagaimana yang terkandung dalam ayat:
( æáÇ ÊÈÐÑ ÊÈÐíÑÇ )
Ertinya "Dan janganlah amu membazirkan harta kamu" (16). Itu
perbuatan yang amat ditegah kerana membinasakan kehidupan. Boleh
diingatkan pula ayat celaan terhadap manusia yang membinasakan harta
dalam perkara yang sedemikian ini sebagaimana yang ada dalam surah
al-Balad: ( íÞæá ÃåáßÊ ãÇ áÇ áÈÏÇ ) yang bermaksud: "Dia mengatakan
(di sini dengan amal perbuatannya) Aku telah menghabiskan harta yang
banyak (secara literalnya "aku membinasakan harta yang banyak)".
(17).
Bila dilihat dari segi-segi yang di atas tadi, maka jelaslah yang si
Muslim itu bila ia menghisap rokok, dengan berlain-lainan cara dan
jenisnya, yang mendatangkan bahaya yang amat sangat ke atas manusia.
Dr `Abdul Jalil Shalabi ahli badan penyelidikan Islam membuat
beberapa kenyataan yang bernas berkenaan dengan masaalah merokok
ini. (18) Beliau menyatakan bahawa menghisap rokok tidak ada zaman
Nabi s.a.w., juga zama tadwin teks-teks fiqh imam-imam yang awal,
juga para imam mazhab-mazhab fiqh Islam awal, maka kerana ianya
tidak ada dalam Quran dan Sunnah, maka tidak ada hukumnya pada para
ashab al-mazahib. Merokok hanya ada lebih kurang dalam kurun ke 16
Masihi, maka para fuqaha melihat tentang hukumnya itu mengikut kadar
maklumat yang ada pada mereka, dan pada masa mereka tidak kelihatan
jelas bahayanya merokok itu, dengan itu maka tumpuan pandangan
mereka lebih banyak kepada orang yang menghisap oitu sendiri bukan
kepada bahan yang dihisap itu. Dikatakan tidak ada bahaya padanya,
maka dianggap sebagai perkara yang diminum di antara bahan-bahan
yang diminum sahaja, yang harus pada zatnya. Maka nisbah pada orang
yang menghisapnya mereka memandangnya dari segi hukum Syara' yang
lima itu, tetapi tentang hukumnya itu sendiri mereka tidak
bersepakat tentangnya.
Antaranya ialah:
· harus hukumnya bagai orang yang tidak mendatangkan apa-apa
kesan atas hartanya dan kesihatannya, ia seperti kopi dan the yang
diminum demikian seterusnya.
· hukumnya makruh nisbah bagi orang sedikit hartanya, bila harga
rokok itu tidak memberi kesan atas hartanya yang ia perlu untuk
kehidupannya dan keluarga yang ia tanggung, juga tidak mendatangkan
kesan buruk atas kesihatannya.
· hukumnya haram nisbah bagi orang yang fakir yang memerlukan
harga rokok itu untuk belanja hidup dan keperluannya, sebagaimana ia
haram baginya bila ada kesan buruk atas kesihatannya;
· hukumnya sunat bagi orang yang mendapat kecergasan daripada
menghisap rokok itu bagi setengah daripada kerja-kerjanya,
kedudukannya seperti kedudukan kopi yang menjadikan orang cergas dan
jaga.
· hukumnya wajib bila sabit pada menghisap rokok itu penyembuh
sesuatu penyakit yang dihidapinya, dengan itu kedudukannya seperti
ubat yang wajib ia gunakan untuk mendapat kesihatannya kembali.
(19).
Pada bahagian akhir kenyataannya Dr `Abd al-Jalil Shalabi membuat
kesimpulannya bahawa para ulama di atas menumpukan perhatian ke atas
penghisap rokok walaupun pada zaman mereka belum sabit kemudaratan
perbuatan itu atas kesihatan.
Lepas itu beliau menyebut penemuan-penemuan dari segi perubatan;
kata beliau adalah sabit kini bahawa merokok ada kesannya yang besar
atas kesihatan manusia yang merokok itu, dan lagi kemudaratan itu
bukan hanya terbatas setakat dirinya sahaja tetapi kepada masyarakat
dan zuriatnya; dan pada beliau selepas membaca bahan-bahan
penerbitan yang menerangkan bahaya merokok itu dilihat pada segi
kesihatan manusia dan masyarakat, maka beliau berpendapat ianya
haram:.
( ÃÞæá Ãäå ÍÑÇã ÞØÚÇ
æíÌÈ Úáì ÇáãÏÎäíä Ãä íÞáÚæÇ Úäå , æÚáì ÛíÑ ÇáãÏÎäíä Ãä íÊÍÇÔæå )
Saya menyatakan bahawa menghisap rokok itu haram secara putus dan
wajib atas mereka yang menghisap itu meninggalkannya, dan mereka
yang tidak menghisapnya hendaklah menjauhkan diri daripadanya. (18).
Seorang lagi yang boleh kita kemukakan huraiannya ialah Dr Hamid
Jami' –beliau bekas setiausaha (amin) Universiti al-Azhar, pakar
ensiklopedia fiqh Islami di Kuweit-yang menulis "al-Hukm al-Shar'I
fit-Tadkhin" (19) yang menyenaraikan fuqaha' yang mengeluarkan fatwa
merokok itu haram:
· faqih mazhab Hanafi Shaikh Isma'il al-Nablusi: beliau
menukilkan bahawa suami ada hak melarang isterinya makan bawang dan
bawang putih yang menyebabkan mulut berbau busuk.Kemudian katanya
bahawa maksudnya pula ini menegah orangmenghisap sesuatu yang
menyebabkan bau mulut menjadi busuk, di sini asak daripada merokok;
apa lagi kalau suaminya tidak merokok.
· faqih Hanafi: Shaikh ash-Sharanbalali: dinyatakan dengan
terang bahawa ditegah menjual dan menghisap rokok dan orang yang
menghisapnya sewaktu ia berpuasa, terbatal puasanya.
(æíãäÚ ãä ÈíÚ ÇáÏÎÇä æÔÑÈå æÔÇÑÈå Ýì ÇáÕæã áÇ Ôß íÝØÑ )
· faqih Hanafi Shaikh al-Masiri, kata muridnya Shaikh Isma'il al-
Nabblusi: beliau telah mengeluarkan fatwa haram menghisapnya - iaitu
menghisap "asap" iaitu merokok- iaitu shaikh dari shaikh-shaikh kami
al-Masiri.
· faqih Hanafi Shaikh al-`Imadi: di sebut dalam hasyiah
Ibn `Abidin: "Aku menyatakan: zahir kata-kata `Imadi bahawa ianya
makruh tahrim dan menjadi fasik orang yang menghisapnya'.
Selepas menyebut beberapa orang faqih Hanafi lagi beliau menyebut
pula fuqaha mazhab Shafi'I dan Hanbali.
· faqih mazhab Maliki yang disebutkan beliau ialah Shaikh Salim
as-Sanhuri: fatwanya dinukilkan oleh muridnya Shaikh Ibrahim al-
Laqqani, katanya, bila mula-mula menghisap rokok mula tersebar di
Mesir, datanglah seorang dari negeri Maghrib, disebutkan namanya
sebagai Ahmad bin `Abdullah, maka bila ditanya maka beliau
memfatwakan ianya haram, maka semenjak masa itu al-`Allamah Salim as-
Sanhuri memfatwakan ianya haram, dan Shaikh Sanhuri mengeluarkan
fatwa itu sampai ia meninggal. Dan beliau sebutkan tidak ada yang
menyalahi fatwa itu.
· faqih Shafi'I yang beliau sebutkan ialah Shihab al-Din al-
Qalyubi yang menyatakan: ( ßá ÌÇãÏ Ýíå ÊÎÏíÑ æÊÛØíÉ ááÚÞá ØÇåÑ æÇä
ÍÑã ÊäÇæáå áÐáß ßãÇ ÞÇá ÈÚÖ ãÔÇÆÎäÇ : æãäå ÇáÏÎÇä ÇáãÔåæÑ æåæ ßÐáß ,
áÂäå íÝÊÍ ãÌÇÑì ÇáÈÏä æíåíÆåÇ áÞÈæá ÇáÂãÑÇÖ ÇáãÖÑÉ , æáÐáß íäÔà ÚäÏ
ÇáÑÌá ÇáÊÑåá æÇáÊäÇÝíÓ æäÍæåÇ , æÑÈãÇ ÃÏì Çáì ÇáÚãì. æÞÏ ÃÎÈÑ ãä íæËÞ Èå
íÍÕá ãäå ÏæÑÇä ÇáÑÃÓ ÃíÖÇ, æáÇ íÎÝì Ãä åÐÇ ÃÚã ÖÑÑÇ ãä ÇáãßãæÑ ÇáÐì ÍÑã
ÇáÒÑßÔì ÃÕáå áÖÑÑå )
Ertinya: Tiap-tiap bahan beku yang padanya ada kesan melalikan (
ÊÎÏíÑ) dan menutupi (ÊÛØíÉ) bagi akal, adalah suci walaupun ianya
haram dimakan kerana demikian itu, sebagaimana yang dikatakan oleh
setengah daripada para syaikh kami: termasuk daripadanya ialah
merokok (lit. asap) yang masyhur ianya demikian itu (juga hukumnya,
iaitu suci tapi haram kerana menutupi dan melalikan akal-p), kerana
ia membuka lubang-lubang halus badan dan menyediakannya bagi
menerima penyakit-penyakit yang memudaratkan, kerana itulah maka
timbul pada orang yang berkenaan itu sifat membengkak badan dan
payah bernafas dan yang sepertinya, dan mungkin kadangt-kadang
membawa kepada penyakit buta. Dan sesungguhnya ada orang yang
dipercayai bahawa hasil daripada perbuatan merokok itu juga pusing
atau pening kepala dan tidak tersembunyi lagi bahawa ini adalah
kemudaratan yang paling am dialami daripada "al-makmur" yang
Zarkasyi mengharamkan asalnya kerana kemudaratannya". (22).
· faqih Shafi'I lagi yang beliau kemukakan ialah Shaikh an-
Najm al-Ghazzi, yang dinukillkan pendapatnya oleh pengarang "ad-Durr
al-Mukhtar" katanya : (æÇáÊÊä -ÃÍØ ÇáÏ;ÎÇä- ÇáÐì íÏÚì ÔÇÑÈå Ãäå áÇ
íÓßÑ , æÇä Óáã ÝÇäå ãÝÊÑ , æåæ ÍÑÇã áÍÏíË ÃÍãÏ Úä Ãã ÓáãÉ ÞÇáÊ :äåì ÑÓæá
Çááå Õáì Çááå Úáíå æÓáã Úä ßá ãÓßÑ æãÝÊÑ" æáíÓ ãä ÇáßÈÇÆÑ ÊäÇæáå ÇáãÑÉ
æÇáãÑÊíä , æãÚ äåì æáì ÇáÂãÑ Úäå ÍÑã ÞÞØÚÇ , Úáì Ãä ÇÓÊÚãÇáå ÑÈãÇ ÃÖÑ
ÈÇáÈÏä. äÚã ÇáÇÕÑÇÑ Úáíå ßÈíÑÉ ßÓÇÆÑ ÇáÕÛÇÆÑ.
Dan "tutun" iaitu asap (merokok) yang didakwa oleh penghisapnya
bahawa ia tidak memabukkan, walaupun sejahtera ia melemahkan, dan
haram hukumnya, berdasarkan hadith riwayat Imam Ahmad, dari Umm
Salamah katanya: Rasulullah s.a.w. menegahkan tiap-tiap bahan yang
memabukkan dan melemahkan (badan)", ianya bukan daripada dosa besar
bila dihisapnya sekali atau dua kali, dan dengan waliyul-amr
menegahnya ia menjadi haram secara putus hukumnya, dengan alasan
penggunaannya boleh memudaratkan badan.Ya, sentiasa menghisapnya
menjadikannya dosa besar, sebagaimana halnya dengan dosa-dosa kecil
lainnya (yang menjadi dosa besar bila berkekalan melakukannya).
(23).
· faqih mazhab Shafi'I seorang lagi yang dikemukakan beliau
ialah Sulaiman al-Bujairimi katanya : ( æÃãÇ ÇáÏÎÇä ÇáÍÇÏË ÇáÇä
ÇáãÓãì ÈÇáÊÊä - áÚä Çááå ãä ÃÍÏËå - ÝÇäå ã㻂 ÇáÈÏÚ ÇáÞÈíÍÉ . ÝÞÏ äåì ÔíÎäÇ
ÇáÒíÇÏì ÃæáÇ áÂäå áÇ íÝØÑ, áÂäå áã íßä íÚÑÝ ÍÞíÞÊå , ÝáãÇ ÑÃì ÃËÑå
ÈÇáÈæÕÉ ÇáÊì íÔÑÈ ÈåÇ ÑÌÚ æÃÝÊì
ÈÃäå íÝØÑ.)
Adapun menghisap rokok yang baharu timbul sekarang ini yang
dipanggil "tutun" - Allah melaknat orang mula mengadakan pembaharuan
yang buruk ini- ia daripada bid'ah yang keji. Sesungguhnya Syaikh
kami al-Ziyadi mula-mulanya menegahkannya, katanya tidak menyebabkan
batal puasa (orang menghisapnya), kerana beliau tidak mengetahui
hakikatnya, kemudian bila beliau melihat kesannya dengan "al-busah"
alat yang digunakan untuk menghisapnya, beliau kembali daripada
fatwanya dan mengeluarkan fatwa (baharu) bahawa menghisapnya
membatalkan puasa. (24).
· dari kalangan fuqaha mazhab Hanbali yang beliau kemukakan
ialah al-Shaikh Mustafa ar-Rahibani yang berkata: ( æßá ãÐåÈ ãä
ÇáÂÑÈÚÉ Ýíåã ãä ÍÑãå , æ Ýíåã ãä ßÑåå , æ Ýíåã ãä ÃÈÇÍå , æáßä ÛÇáÈ
ÇáÔÇÝÚíÉ æÇáÍäÝíÉ ÞÇáæÇ Çäå ãÈÇÍ Ãæ ãßÑæå , æÈÚÖ ãäåã ÍÑãå , æ ÛÇáÈ
ÇáãÇáßíÉ ÍÑãå , æÈÚÖ ãäåã ßÑåå , æßÐÇ ÃÕÍÇÈäÇ , áÇ ÓíãÇ ÇáäÌÏíæä , ÇáÇ
Ãä áã ÃÑ ãä ÇáÂÕÍÇÈ ãä ÕÑÍ Ýì ÊÃáíÝå ÈÇáÍÑãÉ )
Tiap-tiap mazhab daripada yang empat itu di kalangan mereka ada yang
mengharamkannya, dan yang memakruhkannya, yang mengharuskannya,
tetapi di kalangan yang lebih ramai dalam mazhab Imam Syafi'I dan
mazhab Hanafi mereka berpendapat hukumnya harus atau makruh,
setengtah dari mereka berpendapat ianya haram, dan yang ramai di
kalangan mazhab Maliki mengharamkannya, dan setengah daripada mereka
memakruhkannya, demikian sahabat-sahabat kami, terutamanya ulama
Najd, melainkan hanya kami tidak melihat dari kalangan sahabat-
sahabat itu orang yang menulis dengan nyata dalam tulisannya
mengharamkannya. (25).
Kemudian beliau masuk kepada pendapat ulama semasa berkenaan dengan
perkara itu. Beliau mulai dengan ulama al-Azhar. Lujnah fatwa di al-
Azhar mengeluarkan fatwanya berkenaan dengan menghisap rokok (al-
dukhan):
( "ÔÑÈ ÇáÏÎÇä ËÈÊ íÞíäÇ ãä Ãåá ÇáãÚÑÝÉ æÇáÇÎÊÕÇÕ æÇáãÚÊãÑÇÊ ÇáØÈíÉ
ÇáÚÇáãíÉ ÖÑÑå ÈÇáÕÍÉ , áãÇ íÓÈÈå ãä ÓÑØÇä ÇáÑÆÉ æÇáÍäÌÑÉ æÇáÇÖÑÇÑ
ÈÇáÔÑÇÈííä , ßãÇ Ãäå ÖÇÑ ÈÇáãÇá áÇäÝÇÞå ÝíãÇ áÇ íÚæÏ Úáì ÇáÇäÓÇä
ÈÇáÝÇÆÏÉ , æåì äåì ÇáÑÓæá Õáì Çááå Úáíå æÓáã Úä ßá ãÇ íÖÑ ÈÇáÕÍÉ
æÇáãÇá , ÝÝì ÇáÍÏíË ÇáÔÑíÝ " áÇ ÖÑÑ æáÇ ÖÑÇÑ" áåÐÇ äÑì ÍÑãÉ ÔÑÈ ÇáÏÎÇä
æÇÓÊíÑÇÏå æÊÕÏíÑå æÇáÇÊÌÇÑ Ýíå . æÇááå ÊÚÇáì ÃÚáã.)
Menghisap rokok adalah tetap dengan yakinnya mengikut ahli
pengetahuan dan para pakar dan persidangan-persidangan perubatan
antarabangsa ianya memudaratkan kesihatan, kerana ia menyebabkan
barah paru-paru dan kerongkong dan mendatangkan mudarat yang amat
sangat atas mereka yang ketagih menghisapnya, sebagaimana ia
memudaratkan hartabenda kerana mengeluarkan belanja dalam benda yang
tidak mendatangkan faedah kepada manusia; sesungguhnya Rasulullah
s.a.w. menegahkan tiap-tiap perkara yang memudaratkan kesihatan dan
harta benda, dan daam hadith Nabi s.a.w. bersabda: "jangan kamu
memudaratkan dan terkena mudarat". Dengan ini kami berpendapat haram
merokok, mengimportnya, mengeluarkannya dan menjalankan perniagaan
di dalamnya. Wallahu a'lam". (26).
Pada tahap ini mungkin kita boleh membuat ringkasan tentang hukum
berkenaan dengan merokok ini dengan mengambil catitan apa yang
disebut dalam "al-Mausu'ah al-Fiqhiyyah" di bawah artikel "tabagh".
(27). Antaranya ialah:
· dari jenis pokok datang asalnya dari Amerika, tidak diketahui
oleh Orang Arab zaman purba.Antara nama-namanya "al-dukhan", "al-
tutun", "al-tunbak"; kemudian terkenal pula dengan nama "al-
taba'".Kemudian yang menyamai "al-tabagh" dari segi disedut
hisapnya ("tadkhin") "al-tubbaq".
· Dari sini timbul yang terkenal pada fuqaha "al-dukhkhan"yang
muncul di akhir kurun ke 10 Hijrah dan bahagian awal kurun ke 11
Hijrah.Yang awal membawanya ke bumi Rom (atau Turki `Uthmaniyah)
ialah Orang Inggeris, yang membawanya ke Maghrib ialahYahudi,
kemudian dibawa ke Mesir, Hijaz, India, dan banyak negeri-negeri
Islam.
· Hukum menggunakannya: Semenjak lahir "dukhkhan", nama terkenal
bagi "al-tabagh", para fuqaha berbeza pendapat tentangnya, sebab
berlainan tahkik tentang kemudaratan dalam menggunakannya, maka
kerana tidak ada hukum asal tentangnya, dikiaskan hukumnya.
Setengahnya mengatakan haram, yang lainnya mengatakan makruh, ada
yang mengatakan ianya harus.
· Yang mengatakan haram: yang mengatakan haram menghisap rokok
("tahrim shurb al-dukhkhan") dari kalangan mazhab hanafi: Shaikh
Sharannbulali, pengarang "al-Durr al-Muntaqa", dan Ibn `Abidin
mengeluarkan kenyataan makruh tahrim mengikut Shaikh `Abd al-Rahman
al-`Imadi.
· dari kalangan mazhab Maliki yang menyatakan hukum haram ialah:
Salim al-sanhuri, Ibrahim al-Laqqani, Muhammad bin `Abd al-karim al-
Fakkun, Khaloid binj Ahmad, Ibn Hamdun dan lainnya.
· Dari kalangan mazhab Shafi'I: Najm al-Din al-Ghazzi, Qalyubi,
Ibn `Allan, dan lainnya.
· Dari kalangan Hanbali: Shaikh Ahmad Buhuti, dan setengah ulama
Najd.
· Dari kalangan mereka yang mengarang trentang haramnya: seperti
al-Laqqani, Qalyubi, Muhammad ibn `Abd al-Karim al-Fakkun, dan
ibn `Allan.
· Dalil yang diambil oleh mereka yang mengatakan ia haram: rokok
itu ("al-dukhkhan") pada awal menggunakannya ada mabuk yang singkat,
kemudian terus menerus setiap kali diambilnya berkurang sedikit demi
sedikit, samapai lama masanya, sehingga tidak terasa lagi, tetapi
ada rasa seronok, dan kemabukan ("nashwatan wa tarban"), ada tutupan
pada akal, walaupun tidak kuat Tidak syak lagi ini berlaku pada awal
mula orang menggunakannya. Atas fahaman ini maka is najis, haram
sedikit atau banyaknya. (Dinyatakan dalam artikal ini:"yuhaddu
syaribuh: dihadkan peminumnya atau penghisapnya"). (28).
· Kalau dikatakan tidak memabukkan ("la yuskir"), maka ianya
menyebabkan penghisapnya rasa lemah dan terasa "kebas", atau kurang
sensitif rasanya ("numb"), ("taqtiran wa khadran"), maka ia menyamai
khamar pada awal "mabuk"nya. ("fi nashwatih"). Umm Salamah
meriwayatkan nabi s.a.w. bersabda (hadith yang
bermaksud): "Rasulullah s.a.w. menegah tiap-tiap yang memabukkan dan
melemahkan" ("muskirin wa mufattirin"). (ßá ãÓßÑ æãÝÊÑ). Ulama
menyatakan: "al-mufattir" ialah apa yang menimbulkan rasa lemah
lunglai dan rasa "kebas" kurang merasa apa-apa pada anggota (ãÇ íÍÏË
ÇáÝ澄 æÇáÎÏÑ Ýì ÇáÂØÑÇÝ) ) dan membawa kepada kelemahan dan kerosakan
kekuatan (ÕíÑæÊåÇ Çáì æåä æÇäßÓÇÑ ) dan cukuplah dari segi ini dalil
hadith Umm Salamah sebagai hujah dan dalil tentang haramnya; tetapi
atas dasar ini tidaklah ianya najis dan penghisapnya tidak dikenakan
had. Dan haram yang sedikit seperti yang banyaknya kerana takut
berlaku kesan itu, kerana pada ghalibnya kesannnya berlaku dengan
sedikit daripadanya. Dan menjaga akal adalah disepakati daripada
perkara am yang lima.
· Sesungguhnya dengan menghisapnya berlaku kemudaratan pada
badan, akal, harta, dan merosakkan kalbu atau jantung, melemahkan
kekuatan badan, menjadikan kuning tubuh, dan timbul daripada kesan
asap dalam badan itu penyakit-penyakit, seperti batuk, membawa
kepada TB ("sill, sull"), menimbulkan penyakit yang membinasakan
lagi. Semua ini termasuk ke dalam apa yang dimaksudkan dalam ayat (
æáÇ ÊáÞæÇ ÈÃíÏíßã Çáì ÇáÊåáßÉ) ): "jangan kamu campakkan diri kamu
sendiri ke dalam kebinasaan": iaitu tersekatnya perjalanan darah,
menjadikan gagal sampainya makanan ke seluruh badan, maka
penghisapnya boleh maut dengan mengejut.
· Dinyatakan bahawa para ahli perubatan bersepakat bahawa
merokok memudaratkan, dan disebutkan kenyataan shaikh `Ulaysh bahawa
setengah Orang Inggeris yang bergaul dengannya menyatakan bahawa
mereka tidak membawa rokok ke negeri-negeri Islam melainkan selepas
sepakat ahli-ahli perubatan mereka perbuatan itu perlu ditegah
melaziminya, dan mereka disuruh mengambil dengan berhemat, sedikit
sahaja, supaya tidak mendatangkan mudarat dan diteruskan kenyataan
bahawa British menyuruh tembakau itu dijual kepada Muslimin untuk
memudaratkan mereka (kalau diingatkan apa yang mereka lakukan kepada
Orang Cina dengan candu, maka kenyataan ini munasabah benarnya-p).
· Dinyatakan juga berhubungan dengan ini hadith (ÇáÍáÇá Èíä æÇáÍÑÇã
Èíä æÈíäåãÇ ãÔÊÈåÇÊ áÇ íÚáãåä ßËíÑ ãä ÇáäÇÓ Ýãä ÇÊÞì ÇáÔÈåÇÊ ÇÓÊÈÑÃ
áÏíäå æÚÑÖå æãä æÞÚ Ýì ÇáÔÈåÇÊ æÞÚ Ýì ÇáÍÑÇã ßÇáÑÇÚì íÑÚì Íæá ÇáÍãì
· íæÔß Ãä íÑÊÚ Ýíå ) ) :Yang halal itu nyata, yang haram itu
nyata, antara keduanya ada perkaraperkara syubahat yang ramai tidak
mengetahuinya, maka sesiapa yang menjaga dirinya daripada yang
syubahat maka ia menjaga agamanya dan maruah dirinya, dan sesiapa
yang terjatuh ke dalam yang syubahat maka terjatuh ia ke dalam yang
haram, seperti pengembala yang membawa hewaan jagaannya sekeliling
kawasan larangan, ditakuti ia makan dalam kawasan haram itu. (29).
· Disebutkan bagaimana perbuatan merokok itu merupakan israf dan
pembaziran harta, menyia-nyiakannya. Disebut kenyataan
Shaikh `Ulaysy yang bermaksud bahawa bila ditanya fuqaha tentang
orang-orang yang bodoh yang perlu dihajarkan – dihalang - daripada
menggunakan hartanya dalam Syara'' kerana ia membazirkannya dalam
melepaskan keinginan-keinginan syahwat dan kelazatan-kelazatan yang
sia-sia, kemudian tentang menhajarkan mereka yang mengekali
menghisap rokok mereka bertawaqquf. Berhubung dengan ini dinyatakan
bagaimana mereka ini menyia-nyiakan harta, tidak membantu para
fuqara dan masakin, tidak membantu untuk kemaslahatan Muslimin,
bermusamahah dalam berbelanja (melalui perbuata merokok mereka itu)
untuk mereka yang tidak membawa iman dan yang menjadi seteru
Muslimin.
· Disebutkan dalam masa Kerajaan `Uthmaniyah dikeluarkan
perintah Sultan waktu itu - berdasarkan fatwa ulama zaman itu -
menegah orang menghisap rokok dan mengenakan hukuman ke atas
penghisapnya. Maka bila menghisapnya keluarlah orang itu daripada
taat kepada perintah itu, walhal mengikut perintahnya wajib dalam
perkara yang tidak diijma'kan haramnya, dan menyalahi perintahnya
adalah haram.
· bau rokok yang busuk, menyakiti orang, dan rokok lebih buruk
baunya daripada bawang sudah ada riwayat melarang orang yang
memakannya daripada memasuki masjid.
· mereka yang mengharuskannya: antaranya ialah Shaikh `Abd al-
Ghani al-Nablusi, juga pengarang kitab "al-Durr al-Mukhtar",
ibn `Abidin, Shaikh Muhammad al-`Abbasi al-Mahdi, pengarang "al-
fatawa al-Mahdiyyah", al-Hamawi, pensyarah "al-Ashbah wan-Naza'ir";
dari kalangan mazhab Maliki: `Ali al-Ajhuri, beliau ada risalah
berjudul "Ghayah al-Bayan li-Hill shurbi Ma la Yughayyibu al-`Aqla
mina'd-Dukhkhan"" dan beliau menukil di dalamnya fatwa tentang
halalnya daripada mereka yang diperpegangi pendapatnya dari imam-
imam dari kalangan mazhab empat, dan yang mengikutnya dari kalangan
mjuta'akhkhirin: ad-Dusuqi, as-Sawi, al-Amir, pengarang "Tahdhib al-
Furuq";
· dari kalangan mazhab Syafi'I: al-Hifni, al-Halabi, al-Rashidi,
Syubramilsi, al-Babili, `Abd al-Qadir bin Muhammad, bin Yahya, al-
Husaini at-Tabari al-Makki.
· dari kalangan mazhab Hanbali: al-Karmi, demikian pula al-
Syaukani, demikian seterusnya.
· Kata Syaikh `Ali al-Ajhuri(ÇáÝ澄 ÇáÐì íÍÕá áãÈÊÏÆ ÔÑÈå áíÓ ãä
ÊÛííÈ ÇáÚÞá Ýì ÔÆ , æÇä Óáã Ãäå ããÇ íÛíÈ ÇáÚÞá ÝáíÓ ãä ÇáãÓßÑ ÞØÚÇ, áÂä
ÇáãÓßÑ íßæä ãÚå äテ æÝÑÍ, æÇáÏÎÇä áíÓ ßÐáß, æÍíäÆÐ ÝíÌæÒ ÇÓÊÚãÇáå áãä
áÇíÛíÈ ÚÞáå, æåÐÇ íÎÊáÝ ÈÇÎÊáÇÝ ÇáÂãÒÌÉ , æÇáÞáÉ æÇáßËÑÉ, ÝÞÏ íÛíÈ ÛÞá
ÔÎÕ æáÇ íÛíÈ ÚÞá ÃÎÑ, æÞÏ íÛíÈ ãä ÇÓÊÚãÇá ÇáßËíÑ Ïæä ÇáÞáíá )
Rasa lemah yang hasil daripada orang yang baharu mula menghisapnya
bukanlah daripada masalah menghilangkan akal dalam suatu perkara
pun, kalaulah dibenarkan bahawa ia mengghaibkan akal, maka ia bukan
termasuk perkara yang memabukkan (al-muskir) secara putus, kerana
kalau perkara yang memabukkan itu ada serta dengannya mabuk dan rasa
gembira (nashwah wa farah), walhal menghisap rokok bukan demikian
sifatnya, dengan itu maka harus menggunakannya (yakni harus
menghisap rokok itu) bagi orang yang tidak ghaib akalnya (dengan
dia), dan ia berbeza (hukumnya) dengan berlainan keadaan tabiat
orangnya, campurannya, banyak atau sedikitnya, kadang-kadang
menghilangkan akal seseorang, tetapi tidak mengghaibkan akal rang
lain, kadang menyebabkjan ghaib akal dengan banyak menggnanya tetapi
tidak kalau sedikit menggunanya. (30).
maka dikembalikan kepada dasar segala sesuatu itu harus pada
asalnya (ÇáÂÕá Ýì ÇáÂÔíÇÁ ÇáÇÈÇÍÉ )
· Antaranya dikeluarkan kenyataan dari Ibn `Abidin: ( æÍÑÑ ÇÈä
ÚÇÈÏíä Ãäå áÇ íÌÈ ÊÞáíÏ ãä ÃÝÊì ÈÍÑãÉ ÔÑÈ ÇáÏÎÇä , áÂä ÝÊæÇåã Çä ßÇäÊ Úä
ÇÌÊåÇÏ ÝÇÌÊåÇÏåã áíÓ ÈËÇÈÊ , áÚÏã ÊæÇÝÑ ÔÑæØ ÇáÇÌÊåÇÏ , æÇä ßÇäÊ Úä
ÊÞáíÏ áãÌÊåÏ ÇÎÑ , ÝáíÓ ÈËÇÈÊ ßÐáß áÂäå áã íäÞá ãÇ íÏá Úáì Ðáß , ÝßíÝ
ÓÇÛ áåã ÇáÝÊæì æßíÝ íÌÈ ÊÞáíÏåã¿ Ëã ÞÇá: æÇáÍÞ Ýì ÇÝÊÇÁ ÇáÊÍáíá æÇáÊÍÑíã Ýì
åÐÇ ÇáÒãÇä ÇáÊãÓß ÈÇáÂÕáíä ÇáÐíä ÐßÑåãÇ ÇáÈíÖÇæì Ýì ÇáÂÕæá , ææÕÝåãÇ
ÈÃäåãÇ äÇÝÚÇä Ýì ÇáÔÑÚ .ÇáÂæá Ãä ÇáÂÕá Ýì ÇáãäÇÝÚ : ÇáÇÈÇÍÉ, æÇáÇíÇÊ ÇáÏÇáÉ
Úáì ÐáßßËíÑÉ.ÇáËÇäì Ãä ÇáÂÕá Ýì ÇáãÖÇÑ: ÇáÊÍÑíã æÇáãäÚ áÞæá ÇáäÈì Õáì Çááå
Úáíå æÓáã: áÇÖÑÑ æáÇ ÖÑÇÑ, Ëã ÞÇá :æÈÇáÌãáÉ Çä ËÈÊ Ýì åÐÇ ÇáÏÎÇä ÇÖÑÇÑ
ÕÑÝ Úä ÇáãäÇÝÚ ÝíÌæÒÇáÇÝÊÇÁ ÈÊÍÑíãå , æÇä áã íËÈÊ ÇÖÑÇÑå ÝÇáÂÕá ÇáÍá.ãÚ Ãä
ÇáÇÝÊÇÁ ÈÍáå Ýíå ÏÝÚ ÇáÍÑÌ Úä ÇáãÓáãíä, ÝÇä ÃßËÑåã íÈÊáæä ÈÊäÇæáå ,
ÝÊÍáíáå ÃíÓÑ ãä ÊÍÑíãå , ÝÇËÈÇÊ ÍÑãÊå ÃãÑ ÚÓíÑ áÇ íßÇÏ íæÌÏ áå äÕíÑ. äÚã
áæ ÃÖÑ ÈÈÚÖ ÇáØÈÇÆÚ Ýåæ Úáíå ÍÑÇã, æáæ äÝÚ ÈÈÚÖ æÞÕÏ ÇáÊÏÇæì Ýåæ
ãÑÛæÈ… )
Ibn `Abidin menerangkan dengan nyatanya bahawa tidak wajib bertaqlid
kepada orang yang memfatwakan haram merokok itu, kerana fatwa mereka
itu kalaulah ianya daripada ijtihad mereka, itu tidak sabit, kerana
tidak mencukupi syarat ijtihadnya, dan kalau itu daripada taqlid
bagi mujtahid yang lain, maa itu tidak sabit, kerana tidak ada
dinukilkan (dalil) yang menunjukkan kepada yang demikianm itu, maka
bagaimanakah boleh dibenarkan fatwa bagi mereka dan bagaimana wajib
bertaqlid kepada mereka? Kemudian katanya: yang sebenarnya dalam
memfatwakan halal dan haram dalam zaman ini ialah dengan berpegang
kepada dua perkara dasar yang disebutkan oleh al-Baidawi dalam `al-
usul"nya, yang disifatkan olehnya dua perkara yang mendatangkan
manfaat dalam Syara'. Pertamanya: bahawa sesungguhnya asal dalam
perkara-perkara yang mendatangkan manfaat: harus, dan ayat-ayat yang
menunjukkan yang demikian itu banyak. Keduanya: sesungguhnya asal
dalam perkara-perkara yang memudaratkan: haram dann tegah
berdasarkan kepafda sabda nabi s.a.w. jangan melakukan kemudaratan
dan jangan terkena mudarat. Kemudian katanya: Ringkasnya, kalau
sabit dalam perkara merokok ini memberi mudarat, maka terpaling
ianya daripada yang mendatangkan manfaat, maka boleh difatwakan
haram, dan kalau tidak sabit mendatangkan mudarat, maka asalnya
halal. Berserta dengan hakikat bahawa memberi fatwa halalnya di
dalamnya ada unsur menolak kesulitan dari Muslimin; maka
sesungguhnya kebanyakan mereka dibencanai dengan menghisapnya, maka
menghalalkannya lebih senang daripada mengharamkannya, maka
menetaplkan haramnya adalah perkara sukar hampir-hampir tidak ada
unsur yang membantunya. Benar, kalau mendapat mudarat dengan
setengah tabiat manusia maka haram ke menghisap rokok itu atasnya,
dan kalau bermanfaat untuk setengah orang maka diniatkan untuk
berubat, maka itu dikehendaki. (31).
Maklumat-Maklumat Tentang Perkembangan Semasa Berkenaan Dengan
Merokok:
Antaranya:
· Dari Pusat Kesihatan Dayton, Satu Bahagian Daripada Pusat
Jagaan Kesihatan Ohio, US membuat kenyataan: terkenal merokok faktor
terbesar menyebabkan barah paru-paru dan penyakit-penyakit paru-paru
yang kronik; lagi: tembakau disalahkan sebagai penyebab ¼ daripada
kematian kerana penyakit jantung, dan ia penyebab terbesar penyakit
kanser.
· Nikotin dalan tembakau sangat kuat menjadikan orang ketagih
dengannya; bila nikotin dihisap, ia meransangkan sistem sarat pusat,
tiap-tiap kimia dalam satu sedutan sigaret masuk ke dalam badan
dalam 8 saat, akibatnya tekanan darah naik, saluran darat menjadi
sempit, sensitivti kepada rasa sakit dan stress menjadi berkurang;
penghisap rokok yang kronik selalu mengadu kurang sensitiviti
penciuman, selera, dan kurang stamina; juga menghisap rokok
menyebabkan kulit menjadi tua lebih cepat daripada sepatutnya.
· Risiki atas wanita dan kanak-kanak: Kajian-kajian mengaitkan
menghisap rokok dengan kemandulan. Risiko terbesar ialah bila wanita
merokok sebelum berumur 18 tahun; risiko keguguran 33% lebih tinggi
atas wanita merokok; ibu yang merokok lebih risikonya berat badan
berkurangan dan anak-anak lahir sebelum masanya.
· Asap kedua ("second-hand smoke") merokok oleh ibu bapa
dibuktikan memberi kesan buruk kepada paru-paru anak kecil, seawal
dua sampai sepuluh minggu hayatnya. Asma menjadi bertambah pada anak-
anak yang ibu bapanya merokok, dan penyelidikan baharu-baharu ini
membuktikan orangt-orang yang kerap terdedah kepada asap "second-
hand" lebih besar risikonya mendapat kanser paru-paru dan barah-
barah lainnya.
· Racun yang dihisap: nikotin ada dalam semua produk tembakau:
sigar, tembakau paip, tembakau yang dikunyah, snuf (yang disedut
melalui hidung). Tembakau ada racun seperti: DDT, arsenik, cynide,
dan 43 daripada 4,000 kimia yang ada dalam tembakau adalah bahan-
bahan penyebab kanser. (32).
Penagihan Nikotinh Di US Di Kalangan Para Pemudi-Pemudi (Dari "New
England Journal of Medicine, 20 Julai, 1995):
Antara maklumatnya:
· Walaupun penyakit dan maut akibat merokok disebut berlaku
waktu dewasa, ia bermula waktru anak-anak. Setiap hari 3,000 orang-
orang muda menjadi penghisap rokok yang regular, dan kiemudian ia
menjadi ketagih tidak meninggalkan merokok.
· Ketagih dengan nikotin bukan sahaja melalui rokok tetapi juga
melalui "snuff" dan tembakau yang dikunyah. Daripada 6 milion orang
di US yang menggunakan tembakau tidak berasap, seorang dalam empat
berada di bawah umur 19 tahun.
· Muda-mudi merupakan target sebagai pelanggan-pelanggan baharu
syarikat-syarikat rokok di negeri ini, untuk menggantikan oran-orang
dewasa yang meninggalkan menghisap rokok atau yang meninggal dunia.
· Kebencanaan ketagih nikotin di US di kalangan muda-mudi
misalnya, tiap-tiap tahjun di US lebih daripada 400,000 penghisap
rokok meninggal dunia kerana penyakit-penyakit berkaitan dengan
merokok. Menghisap rokok membunuh manusia lebih daripada AIDS,
kemalangan jalan raya, alkohol, pembunuhan, drug-drug haram, bunuh
diri, dan kebakaran tergabung semua sekali. Penyakit-penyakit
berkiaitan dengan menghisap rokok: penyakit jantung, kanser paru-
paru, bronchitis yang kronik, emphysema; tembakau tidak berasap
berkait dengan kanser mulut, mencalar gigi, merusut gusi, dan
leukoplakia.
· Antaranya disebut: Dengan ada 40 milion penghisap rokok di US
yang ketagih nikotin maka pengharaman rokok nampaknya tidak ada
jalan yang senang. Kalau ditarik bahan itu mengejut dari pasaran
akan timbul pasar gelap dan seterusnya bahaya kepada mereka yang
ketagih. Maka perlu dilakukan pendidikan dan langkah-langkah yang
beransur-ansur sehingga amalan itu berkurang. (Tulisan ini dari
karangan David A.Kessler.M.D.).
Ceramah Director-General WHO Dalam Persidangan di New Delhi - 7
Jan.2000.
Antara yang disebutkan di dalamnya:
· yang berhimpun dalam persidangan antarabangsa anjuran WHO itu
ialah mereka dalam bidan-bidang perubatan, undant-undang, ekonomi,
dan sains sosial.
· yang menghimpunkan mereka ialah masalah menghisap rokok atau
penggunaan tembakau dalam negara-negara membangun ("developing
world").
· disebutkan tembakau faktor risiko 25 penyakit
· industri tembakau memasarkan produk yang membunuh setengah
daripada para penggunanya, dengan itu industri ini menentang sains,
ekonomi dan proses-proses poilitik (kalau kita enentang agama-p).
· industri tembakau dibenarkan membunuh seorang manusia dalam
lapan saat, walhal 4 milion kematian boleh dihalang dalam setahun
(kerana merokok).Di India tembakau membunuh manusia seramai 670,000
orang setahun.Di China, kalan trend ini berterusan, lebih kurang 1/3
daripada 300 milion Orang Cina sekarang berumur antara 10-29 akan
terbunuh melalui merokok.
· kalau tidak dikawal dan dihalang pada tahun 2030, tembakau
akan membunuh 10 milion orang setiap tahun. 7o% daripada kematian
itu akan berlaku dalam dunia membangun.
· Katanya: Tembakau menyebabkan orang ketagih. Produk rokok
adalah produk yang dihasilkan dengan teliti "a highly enginered
product", mereka mengkaji air liur manusia, mengkaji sistem saraf
pusatnya, untuk menentuk dos yang tepat untuk menyebabkan penagihan,
supaya dengan itu penagihan itu berkekekalan.
Fatwa Merokok oleh Mufti Mesir ( Mei 2000):
Mufti Mesir Dr Farid Wasil mengeluarkan maklumat bahawa WHO
mengurniakan kepada fatwanya yang memutuskan menghisap rokok haram
dalam Islam keranba membahayakan kesihatan manusia. Dr Wasil
menjelaskan bahawa orang-orang yang ketagih dalam menghisap rokok
perlu mendapat rawatan doktor, dan mengambil langkah-langkah sosial
dan kerohanian yang boleh membantu mereka.
Tentang pengeluar-pengeluarnya, beliau menyatakan tidak halal
mengikut Islam mengeluarkan rokok dan menjualnya dalam negeri Islam,
membahayakan individu dan masyarakat. (33).
Berita ini disiarkan dalam Bahasa Arabnya dan dikutip dalam "Islam
on line" (Bahasa Arab) bertarikh 14 Safar 1421/18 Meii 2000 yang
menyebut bagaimana WHO memberki kurnia kepada Badan fatwa Mesir
kerana mufti Dr Farid Wasil mengeluarkan fatwa tentang merokok
haram. Selain daripada mengeluarkan fatwa itu mufti mahu supaya
beransur-ansur perusahan tembakau itu ditutup untuk menjaga
kepentingan anak-anak Muslimin dan harta umat Islam daripada
dibinasakan dalam amalan merokok ini. Beliau menyebut beberapa nas
yang sudah disebut dalam nota ini iaitu antaranya (æáÇ ÊÞÊáæÇ ÃäÝÓßã)
dan (æáÇ ÊÈÐÑ ÊÈÐíÑÇ), (æáÇ ÊÞÊáæÇ ÇäÝÓßã ) dan (áÇ ÖÑÑ æáÇ ÖÑÇÑ) (34).
Demikianlah perbincangan tentang merokok dengan membentangkan
maklumat-maklumat tentangnya, dan penulis ini sendiri cenderung
kepada memutuskan ianya haram memandangkan kepada bahayanya kepada
agama, individu, masyarakat, umat, ekonomi, hidup kemasyarakatan,
alam sekitar, dan kesihatan. Yang perlu dilakukan ialah mendidik
masyarakat supaya mentaati keputusan yang diberikan.
Wallahu a'lam.
Nota:
(1) Lihat "Smoking, Social Poison",
http://www.qss.org/articles/smoking.html
(2) Lihat http://www."Brief History of Tobacco Use
and Abuse", pt I, http://www.historian.org/bysubject/tobaccoI.htm;
dan "Schoolcraft on the Sacred Origin of Tobacco (1851-1857)",
http://www.tobacco.org/history/sacred.html.
(3) "Brief History of Tobacco Use And Misuse",
http://www.wramc.amedd.army.mil/education/tobaccohistory.htm
(4) Berkenaan dengan (ÇáÍßã ÇáÔÑÚì Ýì ÇáÊÏÎíä) lihat
http://www.islamset.com/arabic/ahip/adict/smoking.html
(5) ibid.
(6) ibid).
(7) ibid.
(8) ibid.
(9) lihat al-Ghazzi al-Syafi'I dalamfiqihnya.
(10) Syed `Abd al-Rahman Ba'lawi,"Bughyah al-
Mustarshidin", hlm.260
(11) sama..260
(12) Lihat maklumat-maklumat bantuan dari segi
perubatan.
(13) al-Baqarah: 195.
(14) al-Nisa':29
(15) Lihat hadith Tirmidhi.
(16) al-Isra': 26.
(17) al-Balad:6.
(18) Dr Hasan `Abd Razzaq al-Jaza'iri "al-Hukm al-
Shari'I fi't-Tadkhin", juz I, in
http://www.islamset.com/arabic/ahip/adict/smoking.html
(19) ibid.
(20) ibid
(21) ibid.
(22) Lihat Qalyubi wa `Umairah, kitab al-taharah bab
najasah (hiya kullu muskirin ma'i'). Juga Dr Hasan `Abd al-Razzaq,
op.it.
(23) ibid.
(24) ibid.
(25) ibid.
(26) ibid.
(27) al-islam.com di bawah:"jami' al-fiqh al-
islami": di bawah "al-mausu'ah al-fiqhiyyah", di bawah beberapa
tajuknya.
(28) ibid.
(29) ibid.Dan hadith riwayat Bukhari.
(30) ibid.
(31) ibid.
(32) "Health Notes - Dangers of Nicotine Addiction" -
http://www.dayton.med.va.gov/PHEALTH/nicotiine.html
(33) Islamic Republic News Agency -
http://www.prn.usm.my/tobacco/newsislam.htmml
(34) http://www.islamonline.net/iol-
arabic/dowalia/alhadath2000-may-18/alhadath3.asp
Home page for TRADITIONAL ISLAM:
www.geocities.com/traditionalislam/ or traditionalislam.tripod.com
Selasa, 13 Januari 2009
Langganan:
Posting Komentar (Atom)



Tidak ada komentar:
Posting Komentar